Bukan aku pinta untuk jatuh cinta.Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.Aku takot kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.Aku tak pasti sebenarnya!Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu!Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang.Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedari.Tetapi,mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita?Mengapa harus aku menjadi mangsa perpisahan ini,seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan?mengapa harus aku merasakan semua kesakitan lalu aku lah yang memberi semua rasa sayang kepada kau.Jadi ,janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi mikikmu.
Wednesday, September 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment